Saya dan suami bercadang bercuti utk merehatkan minda,.... rase pulau pangkor bermain diminda jadi let's go pulau pangkor mu tunggu aku datang..hehehe.
memang teruja habis....kalu sebut bercuti saya la orang yang paling gembira hihihi.....lagi pun kami x pernah sampai lagi ke Pulau Pangkor
percutian ni husband yang pilih....sebab bila geogle.......kami dapati banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan budget yang tak terlalu tinggi.
memang teruja habis....kalu sebut bercuti saya la orang yang paling gembira hihihi.....lagi pun kami x pernah sampai lagi ke Pulau Pangkor
percutian ni husband yang pilih....sebab bila geogle.......kami dapati banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan budget yang tak terlalu tinggi.
DAY BEFORE......
Kami x terus ke pangkor ..... tapi bercadang bermlm di lumut sebab hubby nak tengok bola final Msia vs Vietnam AFF. So kami check in di Hotel GM Holiday lbh krg 2 km dari jeti....... sambil tu bole dptkan info utk trip esok .... maklumla x pernah pergi and xde perancangan awal.
RM50 (Agoda) sangat berbaloi
Terminal jeti
Bergambar di jeti
DAY 1
Kami parking di Majlis Perbandaran Manjung iaitu parking bertingkat di sebelah terminal jeti lumut. Di sini selamat sebab ada orang jaga, harga parking untuk sehari rm14.40 kita orang paking selama 2 hari lebih semua sekali krg lebih RM 31, kalu perjam 60sen.. untuk ke jeti memang walking distance.
Resit parking
Tiket boleh dibeli dikaunter sebelah kanan di depan pintu masuk. Tak perlu booking , beli bila nak naik berdasarkan jadual perjalanan feri di bawah.
Harga tiket pergi balik
Jadual perjalanan
hah,,tengah sibuk-sibuk bergambar,tiba-tiba ada orang pangil......ingatkan apa,rupanya nak jual pakej untuk aktiviti di pangkor. Aktiviti wajib bila sampai dipangkor ialah snorkeling dan pusing-pusing pulau.
mereka juga tawarkan sewa kereta RM80/sehari dan moto RM30/sehari. Kelebihan sewa di jeti sebab kita x perlu bayar tambang van untuk ke resort. Mereka cadangkan kami sewa moto sahaja memandangkan kami hanya berdua dan tidak bawa banyak barang. Suami x confidence sbb x tau rupa jalan macamana untuk sampai ke resort.
Feri 12.00 tgh
posing lu
Perjalanan ke pangkor mengambil masa lbh krg 30minit .... mula mula mereka akan berhenti di jeti kampung untuk menurunkan penduduk tempatan ....jangan turun disini.
dalam leka tengok air laut,last dah nak sampai pulau pangkor saya dengan gigihnye angkat beg yang berat ni....hehehe.Selamat datang ke pulau pangkor....yihuuuuuu Terima kaseh my husband bawak your wife smpai kat sini.
Jeti pulau pangkor
sampai-sampai je bila keluar feri ramai la yang berebut-rebut nak jual pakej dan sewa kenderaan tapi kami terus keluar untuk cari tempat breakfast.... apa2 kena makan dulu baru bole pikir !!!
Lepas makan suami pergi cari van pink untuk ke Teluk Nipah ......... kami ke Nipah Bay Villa dengan menaikki Van Pink yg agak buruk 💣💣 dengan harga Rm16 untuk 2 org tapi En suami bermurah hati bayar RM20.
Tapi sepanjang perjalan memang lawak......abang driver oiiii..... tak payah la bawak laju sangat takut bebenor .baru tahu jalan ke tempat yang dituju ni berliku-liku...seram sejuk...hihihi
macam genting la pulak,Tajam betul bila nak selekoh tu....doa jela selamat sampai.......
Gambar van pink
Nipah bay villa
Bilik Standard je RM190/2mlm (agoda)
Alhamdulillah selamat sampai,kami menginap di nipah bay villa. Memang pilihan yang tepat kami memilih pantai teluk nipah untuk penginapan berbanding pantai2 lain....... Di sini semua ada..... gerai makan bersepah .... pantai yang cantik dan happening ...... apa2 pakej pun bolee tawar menawar disini .
Kami check in jam 1.00 ptg , tanpa lenggah masa terus merancang aktiviti untuk hari ini. Kami ke kaunter untuk dapatkan pakej dan sewa moto, malangnya xde lesen no sewa moto 😡😡 . Harga sewa dihotel dan diluar sama sahaja cuma bezanya yang diluar ada yang xpe kalau xde lesen. Pakej pun lebih baik beli diluar sbb hotel pun akan tempah dari luar.
Apa lagi terus cari moto kat luar dapatlah yg harga Rm40/sehari. Kalu nak best amik moto baru RM50/sehari. Kalau budget krg bole amik kapcai RM30/sehari. Tapi dinasihatkan amik yg power sikit supaya gagah mendaki bukit disana terutamanya yg badan XXL saiz 😄😄
RM40/Sehari bole tahan power panjat bukit
xde lesen kena pakai topi
macam askar german plak
maka bermulalah unplan trip....... apa lagi pusing-pusing pantai dengan motor sewa la kita sambil
tengok matahari terbenam dengan yang tercinta.💖💖💖💖
Mula mula heading to town(area jeti) cari duit ckit .... dlm perjalanan sangat enjoy riding moto dengan hubby berbukit bukau .....selekoh maut ... menyusuri semua pantai yg ada ..... lebih krg 8km akhirnya sampai dan terus cari ATM. Saya tunggu kat moto n hubby masuk maybank cucuk duit... depan maybank ada banyak shop yang jual baju... apalagi jom shoping. Sempat lagi bertanya jurujual ttg tempat2 menarik seperti kota belanda, batu bersurat dll........ kebetulan kota belanda, batu bersurat dan masjid terapung berada di lokasi yang sama iaitu di teluk gedung.
Target destinasi hari pertama kami :
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Solat di Masjid Terapung sambil bergambar
- Pusing Pulau naik moto
Kota Belanda
Batu Bersurat
Masjid Al-Badr
dinding 1000 selawat
kraftangan berasaskan kulit ikan buntal (lokasi warung depan masjid)
topi keledar kulit buntal
boleh pinjam untuk bergambar
Rm7.00 (nasi goreng)
Selepas ronda kami balik lepak dibilik sementara menunggu time nak mandi manda di pantai ooooooot......last2 hujan lebat melanda maka terperap lah kami dibilik mcm timun jeruk mcd..😅😅😅😅😅. Lewat mlm baru lah hujan behenti kami mula lah kuar ronda2 kedai disepanjang pantai teluk nipah,tegok barang2 yang berkenan dihati boleh bawak balik..Badan dah penat round2,jam pun dah lewat jdi kami terus balik ke resort tidooooooooooooo.....💤💤💤💤
DAY 2
Lepas sarapan ..... maka bermula lah aktiviti kami dihari kedua. ....Alhamdulilah tak hujan plak pagi ni..... mmg semlm kami dah janji dgn satu brother utk amik pakej yg dia offer utk Island Hoping dgn harga RM50.00 utk 2 org. harga ni termasuk semua peralatan utk snorkeling. Dah tanya harga pakej kt hotel dia org charge rm60 .... dh agak sure rm10.00 utk dia org 😊😊.
Sdg tunggu boat man datang
Sepanjang mengelilingi pulau.... pemandu bot akan menunjukkan bentuk batu2 yang pelbagai .....ada bentuk khalimah Allah,.... ikan paus,.....bentuk kaki orang dan buaya
Semasa snorkeling tu jangan lupa bawak roti utk bagi mkn ikan.. ,kasi ikan datang dekat2 ......huhuhuhu..syokk tau,
Sayangnya ayu tak ada bekas kalis air untuk telefon,ataupun gopro nak ambil moment dalam air..hihih.tapi takpela yang penting dapat tengok.
Lepas habis snorkeling jam 2 ptg , kami sambung pulak mandi manda di tepi pantai teluk nipah😍😍😍sejukkkk...Mandi punya mandi hujan sudah turun,.....kami terus balik ke bilik untuk rehatkan badan dulu.
mandi manda di tepi pantai teluk nipah
Setelah ckup charge energy dibilik........kami keluar ronda2 mengambil udara pantai ....kebetulan cuaca baik pulak ptg ni kami menapak dipersisir pantai lalu jumpe port baik punya untuk berehat...... apalagi jooommmm......
que buaian...dah ada org park
yahooo!!!......lepas ni org laen xda change dah
Bila hari beransur senja kami mula mencari port untuk tgk matahari terbenam.......sekali terjupe pulak satu kedai facing laut baik punya.....ada ramai mat salleh pulak tu,.... semua duk menunggu sunset la tu!!!!!
DAY 3
kami check out 11.30 pgi terus dapatkan van pink untuk ke jeti bayaran pun same jugak Rm16.00 untuk dua org.......kali ni dapat apek driver baik punye sangat sopan santun mase memandu...hehehe
tapi xda tips.
Sekian terima kaseh.
STOP dulu lah ye
Panjang umur kita jupe lagi insyaAllah
Love Pulau pangkor..
Maaf la ye ..... bahasa ala2 Terengganu
Ayu Nur Azrin
Maaf la ye ..... bahasa ala2 Terengganu
Ayu Nur Azrin